My Sweetheart. HAHAHA.



Assalamualaikum..

Annyoung..

Ehem. Ehem. *batuk dulu. HAHA*. Sebenarnya tak de apa pun. Saje nak bagi tahu bahawa dengan ini saya namakan my hubby 'Kecik'. Aku dapat dari adik kawan aku.

My Kecik

Aku ngan kawan aku ingat dia panggil eunkwang, 'kecik' sebab ketinggian dan susuk tubuh dia. Rupa-rupanya sebab muka dia kecik. HAHAHA. Tapi ok apa. Cute. HAHAHA. Macam apa je. Sebenarnya ada benda aku nak tunjuk tapi ayah aku tak bawah adaptor kamera. So tak boleh la nak tunjuk something tu. Nanti la. Bila aku dah balik rumah aku nanti sebab aku kat kampung aku sekarang.



Kbye.

Assalamualaikum..






Open House.

Assalamualaikum. Annyoung.


Hari ni baru aku ada peluang nak post entry. Semalam family aku pergi rumah ayah sedara aku. Sepupu mak aku tak silap. Time dah sampai kat rumah ayah sedara aku tu dan nak turun dari kereta baru aku perasan yang aku tak pakai selipar. Selipar aku tu macam kasut balet. Ala, yang orang sesalu pakai tu. Aku cakap ngan mak aku. "ma. Tak bawak selipar la." and aku tak ingat apa yang mak aku jawab. Yang pasti, aku berkaki ayam. Turun naik kereta. HAHA.


Gambar yang kat atas tu aku amik kat blog akak Nana Johari. Berdasarkan ayat akak Nana tu. Aku pun pernah terfikir, ke mana aku nak pergi lepas habis sekolah nanti. Walaupun aku still ada satu tahun kat sekolah tu. Aku terfikir, apa yang akan jadi kat aku nanti. Aku rindu ke tak sekolah aku nanti. Bagi aku, mesti la aku rindu sekolah tu walaupun sekolah tu penuh dengan undang-undang tersendiri. HAHA.

Aku pernah terfikir, kalau aku mintak mana-mana universiti dekat dengan rumah aku. dapat ke tak aku masuk universiti tu sebab target aku nak masuk UPM.



Kbye. Assalamualaikum. Annyoung.








Pembentangan BM

Assalamualaikum. Annyoung.



Sebenarnya benda ni dah lama. Memang lama. Hari tuh aku terjumpa kertas pembentangan BM aku. Group aku la. Bila aku baca balik kertas pembentangan BM kitorang yang di buat dalam masa 15 minit tu, nak tergelak pun ada. So, aku pun tak tahu nak tulis apa kat sini; aku tulis je la apa yang aku tulis kat dalam kertas tu.

PERBEZAAN ANTARA MINAT DAN TAKSUB

Minat dan taksud atau dalam erti kata lain, obses atau fanatik banyak bezanya. Kadang-kadang, kita tak boleh cakap yang seseorangt tu taksub pada sesuatu sedangkan dia hanya minat. Tambahan pula, kita boleh tahu melalui perwatakan seseorang itu. Jika kita selalu nampak, dengar, dan sebagainya seseorang itu sentiasa cakap mengenai sesuatu yang dia minat, tapi kita tak pernah dengar dia cakap dia membeli barang-barang artis yang dia minat seperti mug, sticker, goddies dan sebagainya.

Minat terdiri daripada aspel sukan ataupun lebih kepada hobi yang membawa faedah. Taksub pula lebih kepada minat yang terlampau tetapi tidak membawa faedah.

Dari segi minat sebagai contohnya, jika kita mendengar seorang penyanyi menyampaikan lagunya dan dia menyampaikan dengan bagus. Secara tidak langsung kita ingin mengetahui tengangnya dan lagu-lagunya.

Taksub pula, kita minat sesuatu yang melampau. Sebagai contoh, kita melupakan apa yang penting didalam hidup contohnya kerja sekoralh, solat, suruhan ibu bapa dan sebagainya.

Kesimpulannya, jika kita minat sesuatu, janganla terlalu taksub kerana ia akan memberi impak negatif pada dili kita kerana ada sesuatu yang disampaikan oleh yang yang kita minat memberi pemikiran yang negatif.

Aku rasa macam ada typo je kat dalam pembentangan BM aku ni. Ah! What ever la.

Tapi cikgu ada bagi soalan. Yang aku suka pasal soalan tu sebab cikgu macam.. 'macam' mempertahankan minat aku. Hoho. Seingat-ingat aku, cikgu aku cakap "cikgu tahu semua orang minat muzik, dalam kelas ni semua minat muzik, kan. Tak ada sesiapa yang tak minat muzik dalam duni ni, kan. Jadi soalan cikgu. Berikan 3 kebaikan dan 3 keburukan muzik? Cikgu bagi lima minit, bincangkan jawapan. Nanti cikgu panggil seorang wakil kumpulan jawab soalan cikgu tadi."

Wah! Senang gilos soalan tu. Terus je dapat soalan dari cikgu, automatik aku terus dapat jawapan dia. HAHA.

Ni jawapan group kitorang.

KEBAIKAN
- Boleh memberikan semangat.
- Menenangkan fikiran
- Boleh belajr bahasa asing daripada lagu luar negara yang didendangkan.

KEBURUKAN
- Ada lagu yang berunsurkan iluminati
- Boleh melalaikan
- Boleh memberi impak negatif pada pemikiran para remaja.

Sebenarnya aku buat tajuk tu atas sebab nak 'perli' dan memberikan sedikit kesedaran pada budak kelas aku yang dok hina-hina aku minat kpop. Aku tak tahu la dorang terasa atau tidak. Perasan tak yang aku dok 'perli-perli' dorang hari tuh. HAHA.


Kbye. Assalamualaikum. Annyong.

p/s : Satu benda aku pelik pasal budak-budak kat sekolah aku yang anti-kpop tu dok nyanyi-nyani lagu Oppa Gangnam Style. Aku rasa biasa je lagu tu. Best lagi lagu kpop yang lain. Hahahahaha...

























...

Assalamualaikum. Annyoung!




Dah lama aku tak update blog ni (memang dah lama pun. HAHA). Sebenarnya aku just nak bagi tahu yang aku nak buat novel. Diulangi NOVEL bukan fanfic. So aku nak stop tulis fanfic dan post kat blog ff aku tu. Pfft. Macam la aku selalu post new chapter. Aku nak post tapi... hish! macam ada yang tak kena je bila aku post ff aku tu. Rasa macam tak complete lagi, untuk satu chapter tu la.




Pasal novel tu, aku tak post kat blog ff tu. Aku dah bagi tahu kwan aku yang aku dah cabar diri aku untuk buat satu novel yang ada 500 m/s ke atas. Insya-Allah aku boleh buat. Tapi kena usaha la belajar bahasa melayu yang lebih sopan sebab selalunya novelkan tak guna bahasa kampung. Dorang (para penulis novel) pun jaga bahasa melayu kat dalam novel dorang, padan la dengan ijazah PhD ape semua tu yang dorang ada. Tapi aku rasa aku boleh buat sebab aku amik kelas sastera. Tapi tak macam kelas sastera pun. HAHA.



Kawan aku ada tanya aku, aku ada selitkan elemen-elemen korea ke tak. Aku jawab mungkin. HAHA. Mungkin.. Aku tak tahu la sebab aku baru nak tulis novel tu. Baru masuk watak utama lelaki. HAHA. Kantoi! Eh! Betul. Tapi sebelum aku nak teruskan lagi novel aku tu, kak nana johari saya dah try cari nama yang sesuai untuk novel saya ni. Kebetulan saya ada baca pasal novel akak yang tajuk dia Kisah Kita. Jadi saya amik satu nama watak akak tu. Rifqi.Nama watak akak tu kan Muhammad Emir Rifqi b. Dato Shahril Hamzah. Tapi nama watak saya Tengku Syed Rifqi bin Tengku Syed Zafran. Akak jangan marah ek? Hehe.
^-^








Kbye. 

Assalamualaikum

Annyoung.

Oh! BTW  Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Thank You Teacher!!

Assalamualaikum. Annyoung.

Dua tiga minggu lepas banyak benda yang terjadi. Salah satunya air mata aku mengalir masa kat sekolah. Tapi bukan pasal apa, sebab cikgu praktikal kat sekolah aku last hari ni. Tu pasal aku sedih, dan bukan aku sorang kawan-kawan aku pun sedih. Sampai menangis-nangis.

Aku tak tahu nak cakap pasal apa. Ah! Cikgu BI yang sebenar benar benarnya dah masuk mengajar. Cikgu tu baik la. Tapi masa mula-mula dia masuk kelas tu, dia dah bagi pespektif negativ kat aku. Dah tu, aku pikir la yang cikgu tu garang. Aku ada merungut kat cikgu praktikal aku tu, aku cakap yang aku takut kena marah sebab bi aku teruk xpecially dalam grammar, 2/6 kot markah aku yang lain semua 3/6. nak nangis je bila aku tengok markah-markah aku semua tu. hish! kena improve lagi la bi aku ni. tapi masalahnya aku malas nak baca buku dalam bahasa bi. kalau tengok tu ya la.

kbye. Assalamualaikum. Annyoung.



(( tak de niat lain. saje je nak letak gambar ni))

Ada Apa Dengan Kpop?

Assalamualaikum. Annyoung



Agensi bakat Korea membelanjakan jutaan ringgit untuk membentuk kumpulan K-Pop yang memberikan persembahan terbaik kepada peminat mereka. Bayangkan, artis seperti Girl Generations mendapat tontonan lebih 77 juta orang di Youtube. K-Pop menerjah seluruh dunia dengan kehadiran Super Junior, Big Bang, SNSD, Wonder Girls, Beast dan ramai lagi yang tumbuh seperti cendawan. Jelas, K-Pop telah memecahkan tembok bahasa. Aliran muziknya telah mewujudkan obsesi dalam jiwa anak muda. Namun, apakah keistimewaan muzik mereka? Berbahayakah kepada budaya Malaysia? Sama-sama kita mencari jawapannya dalam Bicara Isnin hari ini.

BULAN lalu, Himpunan Jutaan Belia dianjur kerajaan menyaksikan pelbagai persembahan oleh kumpulan pop Korea, atau lebih popular sebagai K-Pop.

Tetapi pemakaian dan aksi kumpulan-kumpulan tersebut, terutama anggota wanita yang tidak sesuai dengan budaya negara ini dipersoal banyak pihak, menyebabkan kerajaan memohon maaf.

Tapi selang beberapa hari, parti pembangkang pula menjadi sasaran isu yang sama apabila majlis Malam Bersama PKR di Bertam turut dimuatkan dengan persembahan gadis berpakaian seksi.

Apa lagi, berlakulah sesi balas membalas antara pemimpin dan penyokong kerajaan serta pembangkang tanpa mengambil kira penjelasan yang diberikan kedua-dua pihak.

Tetapi apa yang ingin difokuskan di sini adalah pengaruh K-Pop itu sendiri, sehingga ia turut dihidangkan dalam acara kerajaan dan parti politik.

Apa sebenarnya K-Pop ini?

Jika dilihat secara definisi, K-Pop adalah sejenis genre muzik menggabungkan unsur tarian, elektronik, hip hop, rock dan R&B yang berasal dari Korea Selatan.

Namun kita dapat lihat K-Pop ini bukan lagi sekadar muzik, tetapi seakan menjadi budaya popular dalam kalangan remaja di seluruh dunia.
Buktinya, fesyen dan gaya penyanyi K-Pop menjadi ikutan ramai.

Walaupun pengaruhnya nampak begitu kuat sejak akhir-akhir ini, K-Pop sebenarnya bukanlah genre baru, tetapi bermula lebih 20 tahun lalu iaitu pada 1992, apabila muzik rap dan tarian mula dikenali melalui populariti kumpulan K-Pop terawal, iaitu Seo Tai-ji & Boys.

Kumpulan itu menggabungkan unsur rap, rock dan tekno dalam muzik mereka dan ia dianggap sebagai saat permulaan K-Pop.

Kemudian, penubuhan agensi bakat terbesar Korea Selatan, SM Entertainment pada 1995 oleh usahawan Lee Soo Man melahirkan lebih ramai artis K-Pop.

Tetapi apa yang membuatkan K-Pop begitu popular sehingga dikenali di seluruh dunia sejak akhir-akhir ini? Tentu sekali dengan bantuan Internet. Kewujudan laman peminat Facebook, profil Twitter dan video muzik di YouTube membolehkan K-Pop tersebar kepada lebih ramai pendengar, mencetus anjakan besar dalam populariti genre itu.

Apa yang menarik, K-Pop dilihat sebagai eksport budaya Korea yang sangat berjaya. Menurut indeks ‘Gelombang Korea’ dikeluarkan Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea pada 2010, antara negara yang menerima pengaruh budaya K-Pop terbesar adalah Taiwan,

Japan, China, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Filipina. Bukan sahaja di Asia, K-Pop juga mula melebarkan pengaruhnya ke pasaran luar termasuk di Amerika Utara sehinggakan pada 2011, carta muzik Billboard di Hollywood merasmikan Carta 100 Korea K-Pop Terhangat, iaitu carta kedua dikhaskan untuk muzik dari Asia selepas Carta Japan 100. Pada 2009, Wonder Girls, salah satu kumpulan muzik Asia paling berjaya yang menjual jutaan album menjadi satu-satunya kumpulan K-Pop yang menduduki carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat (AS) dan membuat persembahan di rancangan televisyen AS seperti So You Think You Can Dance (United States) dan The Wendy Williams Show.

Tetapi kejayaan hebat mereka ini bukan kerana tuah. Jangan terkejut kalau diberitahu yang artis K-Pop ini bukanlah muncul begitu sahaja tetapi dibentuk sejak awal. Agensi bakat Korea akan mengambil beberapa pelatih sebelum membentuk karier mereka.

Dalam tempoh dua tahun atau lebih, pelatih akan menjalani latihan suara, mempelajari tarian profesional, membentuk tubuh badan melalui senaman dan mempelajari beberapa bahasa dan semua ini dibuat semasa sedang di bangku sekolah lagi.

Tidak hairanlah kalau produk Korea ini sangat berjaya kerana pelaburan setinggi AS$400,000 (RM1.2 juta) dikeluarkan untuk melatih dan melahirkan seseorang artis baru.

Lihat bagaimana Korea memastikan mereka hanya mengeluarkan produk terbaik untuk dipasarkan di seluruh dunia, dan tentunya memberi pulangan mewah.

Mungkin kita juga boleh mula mengikut jejak langkah ini. Bukan sekadar untuk pulangan kewangan, tetapi pengeksportan bakat Malaysia penting dalam usaha mempromosi budaya penuh kesopanan kita.

CR : Sinar Harian

Bahasa aku dulu.

Assalamualaikum. Annyoung.


(( nak tergelak pun ada, kesian pun ada. sakit tu..))

tadi aku tengok balik ayat aku masa aku form 1 form 2. HAHA. kelakar je. ni yang post aku kat blog ni dulu la. time 2011 masa mula-mula 'menceburi' alam blogger. HAHA.


(( klik gambar untuk besarkan gambar...erk! -.- ))

























ni kat blog je. ada lagi kat myspace, facebook tapi aku malas nak cari and screenshoot. bak kata kawan and parents aku, semua ayat di atas adalah ayat rempit. eh! betul ke ejaan tu? tapi aku dah tinggalkan dunia ayat aku dulu sejak aku baca and buat FF. Terima kasih la pada orang yang buat FF tu, espacially Kak Nana Johari. FF dia yang aku mula-mula baca. dari cara dia buat FF tu la aku belajar tulis sesuatu dengan ayat yang penuh. lepas baca dia punya FF, aku start buat FF sendiri and dari situ jugak la aku belajar tak tulis ayat rempit. walaupun ada ayat yang aku tambah macam juga = jugak. HAHA. standard la kan?



walauapa pun, bahasa melambangkan budaya kita. bak kata lagu Dato' Siti "budi bahasa budaya kita" (ikut rentak lagu tu). HAHA. oh! ya, cakap pasal bahasa melayu, cis! result bm exam mid year aku. menghampakan!

(( haha. padan sangat la dengan gerak mulut dia ))

Ppyong. Assalamualaikum. Annyoung.




Mianhae.

Assalamualaikum. Annyoung.


Ok. sebenarnya aku dah fikir benda ni masak-masak. so, aku nak mintak maaf pasal entry aku yang ni. aku macam rasa tak sedap hati je. aku takut kalau-kalau ada yang terasa hati. sorry sangat-sangat. aku mula terfikir pasal benda ni masa aku baca satu entry kat blog seseorang.


aku terfikir, bila aku buat sesuatu entry mungkin ada orang yang terasa hati. aku tak nak orang terasa hati dengan aku walaupun aku banyak terasa hati dengan orang. walaupun dah ramai orang buat aku terasa hati, sakit hati. aku tak nak cari orang yang terasa hati dengan aku kat Padang Mahsyar nanti. so,lagi sekali. aku mintak maaf sangat-sangat. 


(( cuba teka siapa dia?? hehe ))



Kbai. Assalamualaikum. Annyoung.

















entry tak puas hati....??

Assalamualaikum...Annyoung...

((aku still setia pada dia. HAHAHA. Seriously.))

Aku rasa ni first time aku post entry macam ni.HAHAHA. pedulik apa aku. aku post entry ni bukan aku nak marah atau kutuk kat para antis, tapi benda ni minat kita,kan? tengok macam kawan aku, dua tahun lepas bukan main lagi kutuk kpop. tengok sekarang ni, gila-gila ngan kpop walaupun dia still minat Industri Muzik Malaysia. korang selalu cakap yang kpop ni la, kpop tu la. tapi artis melayu kita tu, cer tengok sikit. eh, ukur baju kat badan sendiri la dulu sebelum nak ukur baju kat badan orang.

Kawan aku selalu cakap 'weh, dah dah la obses dengan kpop'. eh! bila masa aku obses dengan kpop, hah?? Aku tak beli pun album dorang, setakat download lagu dorang tu standard la. lagi satu, barang barang kpop, ada aku beli?? takkkkkk....aku pernah berdebat dengan kawan aku sendiri sebab kpop. dia antis. ok, aku terima sebab dia kawan aku. tapi aku tak dapat terima bila dia macam menghina kpop. sampai-sampai ada budak kpop yang terlalu obses dengan big bang ni mengaku tak minat kpop. woi! yang kau beli album, note book dan macam-macam lagi tu amender. pastu bagi ceramah kat aku yang universiti kat Malaysia ni lagi bagus dari kat Korea la, sokong la artis Malaysia. hellooo. macam mana aku nak sokong industri muzik malaysia kalau perangai pun tak macam artis. aku boleh je list kan apa yang ada kat artis korea yang tak de kat artis malaysia.

((dalam group Nu'est ni aku ingat nama Ren je. HAHAHA))

Salah satunya, perangai. ada korang pernah tengok dorang tunjuk perangai tak senonoh dorang kat peminat dorang. tak de,kan? mungkin? kecuali la fans dorang tu sasaeng. lepas tu, cara dorang layan peminat dorang. bila fans dorang nak amik gambar ke nak autograf ke, dorang bagi. aku tahu ada artis Malaysia yang macam ni. ok, yang tu aku respect habis. dari cara pemakaian pulak, aku tahu la yang artis kpop ni pakai seksi-seksi. dedah sana, dedah sini. seriously aku cakap, aku tak amik tahu pun pasal pemakaian dorang sebab dorang tu kristian. diulangi KRISTIAN!. bila aku rasa benda tu melampau, aku akan cuba tegur dorang. Insya-Allah, dorang boleh terima teguran aku. aku rasa aku pernah tegur artis kpop ni tapi aku tak ingat sebab benda ni jadi awal tahun; sebagai contoh , xander;ex-ukiss tu, aku tak tahu sape yang ajar dia mencarut. tapi bila dia tahu yang perkataan tu sensitif kat Malaysia, cepat-cepat dia mintak maaf siap inform kat peminat dia supaya bagi tahu dia kalau ada perkataan yang sensitif kat Malaysia sebab dia nak jaga hati kita.tu maknanya dia hormat negara orang. ok. berbalik pada tajuk asal, cara pemakaian artis Malaysia pulak, ada ke yang selau tutup aurat. aku mengaku aku pun kadang-kadang aku keluar rumah tak pakai tudung. tapi parents aku tegur. tu dah boleh dikira ok. tapi cara pemakaian artis Malaysia tu boleh dikatakan mengalahkan artis kpop. artis Malaysia, setahu aku semua melayu, Islam lagi. hei cara pemakaian artis kpop pun ada yang sopan, ok. aku memang sokong pendapat akak nana johari pasal benda semua ni.

Tambahan, aku banyak belajar dari artis kpop ni tahu tak. antaranya, hormat orang yang lebih tua. aku selalu tengok dorang hormat senior dorang. yang kedua, dorang nak jadik artis pun amik masa bertahun-tahun. tu, usaha yang gigih. dorang tak pernah putus asa daripada kejar cita-cita dorang. aku tahu korang mesti cakap 'habis, yang plastik surgery tu amender?'. aku tak kisah, dorang kristian. dosa pahala dorang yang tanggng sendiri. isu gay ke ape ke, lantak ar. bak kata kawan aku, yang dorang cium-cium tu ciuman adik beradik.hahahaha. aku tahu mengarut je tu. tapi tu menandakan dorang rapat. don't judge a book by it's cover. walaupun korang dah judge buku tu, jangan bagi perspektif yang negatif. nanti benda tu makan diri korang sendiri.


So, kesimpulannya. kalau korang nak minat kpop ke, western ke ape ke. hormat minat orang. jangan asyik nak bash orang je. sedar la diri kita tu siapa. aku minat kpop, tapi kadang-kadang aku layan gak lagu melayu n bi. drama, aku layan. memang aku layan. cuma tak rasa teruja macam aku layan citer korea, xpecially jepun. so, aku harap sangat lepas ni tak de dah orang nak bash kpop ke ape ke. korang pun tahu music is universal. sorry to say kalau ada yang terasa hati. Aku bukannya nak melenting atau melatah.

((kita happy happy je ok. jangan marah-marah. nanti cepat tua lorhh.))

Assalamualaikum. Annyoung.

Kem Seminar Motivasi.

Assalamualaikum. Annyoung.

((Happy...Happy...Happy..Happy....))

Semalam aku pergi kem seminar motivasi untuk sekolah aku. mula-mula rasa macam "hish! macam tak best je". hahaha. sebab seminar tu kat UPM. Masuk je kat dalam dewan, abang-abng n kakak-kakak UPM yang terlibat dah sambut kitorang. Rasa kekok la sikit. buat tu buat ni, masuk la aku kat dalam group pertama aku.

lepas masuk group sendiri,ada lak fasi ni suruh aku tukar group ngan budak india ni. mula-mula aku blurr sebab aku tak nampak muka dia. Al-maklum la, rabun jauh. aku tak pakai spek. tiba-tiba aku batuk sikit, dah pulak fasi tu tanya "ok tak?". aku angguk je. lepas aku faham apa yang dia suruh, aku pun tukar group. dari group jerung pergi masuk group harimau. hahaah. aku tahu. nama skema je. tapi nak buat macam mana. semua nama group haiwan. ada yang nama group dia gajah, cobra, helang. aku rasa ada lagi tapi aku dah lupa.
                                  
>>>>>>
             Group Jerung                                      Group Harimau

lepas tu, MC event ni suruh cari fasi group kitorang sendiri. dia bagi nama, kita cari. kena ingat nama sebab fasi-fasi tu merangkap abang-abang n kakak-kakak UPM dah perkenalkan diri dorang masa mula-mula seminar ni start. group aku dapat abang fasi Hafiz n kakak fasi Yana. tak sangka aku group aku dapat fasi yang suruh aku tukar group tu.

selama-lama aku ngan group tu, aku diam je. fasi tu tanya sepatah aku jawab sepatah. hahahaha. yang abang fasi Hafiz tu asyik tanya aku ngan kawan je. dan disebabkan aku ni tiba-tiba jadi "pendiam" //hahahaha. dia dah jadi macam kaunselor aku. aku rasa korang pun tahu macammana kerja dorang. tapi fasi-fasi group aku tu best la sebab dorang sproting. aku je macam suam-suam kuku.

banyak aktiviti-aktiviti yang kitorang buat. masud aku, semua budak budak seminar ngan fasi-fasi. nak tulis kat sini takut panjang sangat. tapi yang bestnya, kitorang round satu UPM. aku mungkin nak amik aliran sastera atau sains komputer dan teknologi. antara dua tu la. kitorang semua masuk library diorang. amik gambar (yang aku tengah cari sekarang ni.).tapi bagi aku, yang penting kenangan. kenangan yang aku cipta sendiri dengan abang-abang n kakak-kakak UPM sekali dengan budak-budak sekolah aku.

p/s : ada abang fesi hensem kat U tu. ahhahaah. kawan aku dapat no. dia. so, apa lagi, amik jugak la. tapi aku tak buat apa-apa pun dengan no. abang fasi tu. buat simpanan je. hahahahahaha. pastu tu, abang fasi yang jadi fasi group aku tu, ada iras-iras budak lelaki kelas aku. aku rasa abang fasi tu abang budak lelaki kelas aku tu kot.

Kbye.
Assalamualaikum. Annyoung.

Pertandingan Menyanyi Sempena Minggu BI.

Assalamualaikum...
 
Benda ni jadi petang tadi, kawan aku masuk pertandingan menyanyi sempena minggu bi. Dah pun nama minggu bi kan, mesti la lagu tu lagu bi. Kawan aku yang sorang ni, mula-mula dia nak nyanyi lagu don't speak by no doubt tapi dia tukar lagu last minute. Dia pilih lagu salena gomez; love you like a love song. Yang kelakarnya pasal kawan aku ni, dia tak ingat lirik hujung lagu tu boleh dia nyanyi lagu  t-ara cry cry.. Aku yang tengah tengok dia tergelak je. Malu pun ada. Dalam hati aku cakap "Ya Allah budak ni. Boleh dia campur lagu korea.". Bila dia dah habis nyanyi, dia pergi kat aku. Time tu aku tak habis gelak lagi. Aku tanya dia kenapa nyanyi lagu t-ara. Pastu dia jawab dia tak ingat lirik. Aduh. Tapi aku tak tahu siapa pemenang sebab aku balik rumah lepas kawan aku habis nyanyi.


Kbai. Malas aku nak citer panjang-panjang.


Assalamualaikum..

Continue....Cakap Kosong

Assalamualaikum...

Cakap kosong #2

Korang pernah dapat soalan yang tak masuk akal tak? Aku tanya solan tu sebab ada kawan sekelas aku ni tanya soalan yang buat aku tergelak. Citer dia macam ni. Mula-mula dia tanya best friend aku. Aku label dia sebagai A, kawan sekelas aku tuh B.

B : weh. kau kapel dengan dia lagi ke?
A : entah.
Aku : //menyampuk ni. sape?
A : sape lagi. Mr. A la..
Aku : ohh..
B : habis tu, kau tak gi jumpa dia ke?
A : pernah sekali masa hari sukan kat taman perumahan lama aku.
B : ohh.. mak kau kongkong kau ek?
A : hee...
Aku : eh! Aku pun macam tu. Mak aku mana kasi aku gi Metro ke Kajang ke..
B : Habis tu kalau kau tak gi Mines ke TS ke Pavi ke..
Aku : Kalau aku nak pergi tempat-tempat macam tu, aku ajak la mak aku, g ramai-ramai.
B : Habis tu. kau nak jumpa boyfriend kau.Maksud aku, kawan lelaki kau // time dia cakap boyfriend tu slow tau. Tapi aku dengar n time tu jugak aku tersengih.
Aku : hahahahahahaha. * sambil pandang bestfriend aku tu. Dia pun tergelak jugak tau,
B : sa*** ar kau ni. Aku tanya ni. Jawab ar!
Aku : hahahahha...ok..ok. Aku mana ada kapel.
B : seriously..??
Aku : ye..tak caye tanya dia * sambil jari aku tunjuk kat Best friend aku tu.
A : a'ah. Dia mana ada kapel.
Pastu aku dah tak ingat ape jadi...hahahaha. yang pasti si B tu blah lepas dapat jawapan yang dia nak..uhuuhuhu...



Cakap Kosong #3

Ok. Benda ni mungkin aku tak patut cakap tapi hati aku still rasa sakit sampai sekarang. Walaupun benda ni jadi hari Jumaat minggu lepas. Macam ni, aku kan amik kelas MPV Katering dan Penyajian sekolah aku.

Hari Jumaat tu, kitorang buat kek pelangi dan di sebabkan aku dah teri buat kek, aku tolong la cikgu aku buat adunan kek tu. Dah tu, budak-budak perempuan yang amik course same dengan aku tak puas hati. Termasuk la "ketua" katering kelas aku tu. Dah dorang tak nak tolong, pehal nak marah-marah an. Aku wat bodoh je. Aku tau benda ni pun dari best friend aku. Yang pasal "ketua" katering tu, aku perasan dia bagi aku jelingan tajam kat aku. APE?! Ingat aku takut sangat ke dengan jelingan tajam kau tu? HUH!! Sorry la. Tapi, apa yang.. boleh aku kata kan hipokrit pasal "ketua" tu, dia pantang nampak budak lelaki hensem.

Buktinya, masa kitorang tengah tunggu kek pelangi tu masak, kitorang buat latihan. Time tu, ada abang senior lepasan sekolah aku datang lawat cikgu dia. "ketua" tu asyik pandang je. Start dari luar sampai la dia masuk dengan cikgu yang boleh dikatakan cikgu kesayangan senior tu. Abang senior tu boleh la..nak kata hensem. Tak la hensem sangat. Lebih menjerumus kepada smart. Dan lagi satu, time abang senior ngan cikgu kesayangan senior tu borak ngan cikgu aku. Aku perati perangai dia berubah 100% you know... Tadi dok bad mood je.. lepas abang senior tu masuk..zuuppp.. Terus berubah. Pastu dok pandang-pandang.. Bukan cakap nak jeles or what. Tapi perangai dia tu. Hipokrit gila. Pastu suka sangat mencarut. Suka arah-arah orang. Suka marah-marah orang. ah! lagi satu, dia buka mulut. Maksud aku, sebelum ni dia diam. Lepas tu, mula berborak-borak dengan kawan dia.BTW, aku capak ni bukan nak mengumpat atau ape.. Aku cuma cakap..eh! bukan.. tulis.. Nak lepaskan marah la katakan. hehehe.

ok...dah la..ni je kut.
Kbai..
Assalamualaikum.

Cakap kosong..

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tak tau ape aku nak citer...tapi cakap kosong boleh ke..?? HAHAHA. 

Cakap kosong #1

bulan lepas an cuti. aku tidur ar rumah mak sedara aku. Malam aku nak tidur tu, aku rasa macam benda tajam mencengkam (HAHA. Ayat..) peha aku. So, aku bangun la. Sedar-sedar ada kucing kat atas peha aku. Ingat ape la tadi. Pastu aku alihkan kucing tu kat tempat lain. Dalam pukul 3 pagi tak silap aku aku tersedar lagi. Aku pandang sebelah aku. Tengok-tengok kucing tu lagi. tapi dia tidur kat tepi bantal aku. Aku wat donno la sebab kucing tu tak kacau aku. Tapi yang aku terkejutnya, pukul 5 pagi masa ayah aku bangun nak masuk bilik air. Aku tersedar lagi sebab buyi derapan tapak kaki ayah aku. Almaklum la rumah kampung an. Time tu jugak aku rasa macam ada benda hangat kat sebelah aku. Aku pandang benda tu. Tup-tup kucing tu lagi. Siap tidur sebelah aku tu. Lepas aku bangun and dalam pukul 7 atau 8 pagi tu. Kitorang sarapan. Aku tanya ayah aku

        "kucing ni memang macam ni ke? Tidur ngan orang"

ayah aku jawab,

        "hmm. Kalau Kak Nuyu( betul ke ejaan ni. sebab aku dengar ayah aku cakap macam ni ) balik, kucing tu mesti tidur dengan Kak Nuyu"

Dah aku dapat jawapan tu, aku pun senyap je. Lepas tu perut aku meragam sebab makan nasi gorang pagi-pagi. Lupa pulak aku yang aku tak boleh makan nasi goreng pagi-pagi. Sebab tu kalau mak aku masak nasi goreng untuk breakfast sebelum pergi sekolah, aku tak makan pun. Balik sekolah baru aku makan. Ok. Back tu the point, time perut aku meragam tu cepat-cepat aku pergi **l****. HAHAHA. Ayat sensitif atau ayat no manners. Tak boleh tulis.

p/s : cakap kosong #2 akan datang. HAHAHAHA....

Ok. Sampai sini je.
Kbai (ayat kak NANA)
Assalamualaikum....

aku mimpi pasal _______________

Assalamualaikum n Annyounghaeseyo!!

hahaah...nak tau aku mimpi pasal sape...aku mimpi pasal U-know..ntah la..aku pun tak tau kenapa aku mimpi pasal dia. tiba-tiba je muncul...asalnya aku nak beli makanan pastu aku lupa nak exchange duit aku tu dari RM ke WON. so, aku pun jumpa la sorang makcik ni. aku cakp aku nak pinjam duit ..pastu dia suruh aku pinjam kat U-kow..aku panggil dia

aku : chukio(betul ke ejaan ni). oppa! oppa!
u-know: nak apa?
aku : nak pinjam duit. dalam 100,000 won.
u-know :.............

pastu blah macam tu je . aku kejar dia. skali tu kawan aku pulak muncul tiba-tiba. nak dipendekkan cerita aku dah letih sangat kejar dia. aku duduk kat kerusi ngan kawan aku. dalam 5 6 minit lepas tu. aku pandang kat belakang. aku tengok u-know nak duduk kat belakang aku. dia ada beli burger ayam. huish...sedap je aku tengok. pastu dia hulur burger tu kat aku. Aku? aku pun apa lagi. amek la burger tu. aku makan sikit. pastu aku tanya kat kawan aku tu, dia nak ke tak makan burger. tapi dia diam je. lepas tu aku tak ingat dah. samar-samar je...malas nak citer..

cite sedih or happy..??

ASSALAMUALAIKUM..ANNYOUNG..!!
seperti tajuk kat atas nun..nie aku nak cite mana dulu ek...happy dulu la

HAPPY
Sebenarnya benda nie dah lama tp aku nak cite gak..n cite dia gini..ehem ehem //batuk kejap.
 aku mimpi psl pelakon Dream High.aku mmpi aku g camping ngn dorang..yang sweet-nya //sweet ke.?? Kim Soo Hyun, dia tolong aku turun dari bagunan tinggi..ala bangunan untuk absailing  tu..tapi tinggi lagi..yang macam kat PLKN..kepada sesiapa yang tak penah g PLKN nanti abis form 5 korang tau la camne bangunan tu..aku cakap ni pun bukan sebab aku penah g PLKN tapi aku penah g camping kat sana...pastu OK CAT aku lak tolong pengangkan tali tuh...hahahakkk..happy gile idop aku nie...pastu aku mimpi pasal artis kpop gak..tapi aku tak berapa jelas dengan mimpi tuh..okey..aku tau cite aku tersangkut tapi aku malas nak taip banyak-banyak..so.mianhae

SEDIH..(??)
cam ni. aku amek katering taon depan..pastu tadi parents aku tanya kalau aku amek katering ada ke peluang aku untuk belajar..erkk..sambung belajar..aku senyap je..tapi time tu aku dah terasa tau dengan ayat parents aku....time tuh jugak aku dah nak nangis...ayh aku ckp soh aku amek kelas lain..cam kelas akaun ker perdagangan ker...tapi masalahnya aku tak minat dengan semua tuh..pastu aku sandar kat kerusi kereta..ohh..lupa nak cakap mase parents aku cakap camtuh kitorang g HKL..cousin aku saket..time nak balik ni OTW nk g econsave..bebalik pada cite tadi..aku trus nangis..ye la..mana tak terasa. orang nak amek katering patut bagi semangat..lagi pun ada faedahnya aku amek katering..duit boleh masuk poket kalu aku rajin amek tempahan n kalau aku dah belajar wat something...ringan jugak beban parents aku an..tapi seriously..aku memang terasa dengan parents aku...kalau korang nak ckp aku nie itu la ini la..go on..aku tak kisah..aku manusia gak..aku ada perasaan..kalau boleh tadi dalam keta aku nak nangis tau..disebabkan nk g econsave aku tahan je...

ok la..sampai kat sini je...salam..annyoung..^^