entry tak puas hati....??

Assalamualaikum...Annyoung...

((aku still setia pada dia. HAHAHA. Seriously.))

Aku rasa ni first time aku post entry macam ni.HAHAHA. pedulik apa aku. aku post entry ni bukan aku nak marah atau kutuk kat para antis, tapi benda ni minat kita,kan? tengok macam kawan aku, dua tahun lepas bukan main lagi kutuk kpop. tengok sekarang ni, gila-gila ngan kpop walaupun dia still minat Industri Muzik Malaysia. korang selalu cakap yang kpop ni la, kpop tu la. tapi artis melayu kita tu, cer tengok sikit. eh, ukur baju kat badan sendiri la dulu sebelum nak ukur baju kat badan orang.

Kawan aku selalu cakap 'weh, dah dah la obses dengan kpop'. eh! bila masa aku obses dengan kpop, hah?? Aku tak beli pun album dorang, setakat download lagu dorang tu standard la. lagi satu, barang barang kpop, ada aku beli?? takkkkkk....aku pernah berdebat dengan kawan aku sendiri sebab kpop. dia antis. ok, aku terima sebab dia kawan aku. tapi aku tak dapat terima bila dia macam menghina kpop. sampai-sampai ada budak kpop yang terlalu obses dengan big bang ni mengaku tak minat kpop. woi! yang kau beli album, note book dan macam-macam lagi tu amender. pastu bagi ceramah kat aku yang universiti kat Malaysia ni lagi bagus dari kat Korea la, sokong la artis Malaysia. hellooo. macam mana aku nak sokong industri muzik malaysia kalau perangai pun tak macam artis. aku boleh je list kan apa yang ada kat artis korea yang tak de kat artis malaysia.

((dalam group Nu'est ni aku ingat nama Ren je. HAHAHA))

Salah satunya, perangai. ada korang pernah tengok dorang tunjuk perangai tak senonoh dorang kat peminat dorang. tak de,kan? mungkin? kecuali la fans dorang tu sasaeng. lepas tu, cara dorang layan peminat dorang. bila fans dorang nak amik gambar ke nak autograf ke, dorang bagi. aku tahu ada artis Malaysia yang macam ni. ok, yang tu aku respect habis. dari cara pemakaian pulak, aku tahu la yang artis kpop ni pakai seksi-seksi. dedah sana, dedah sini. seriously aku cakap, aku tak amik tahu pun pasal pemakaian dorang sebab dorang tu kristian. diulangi KRISTIAN!. bila aku rasa benda tu melampau, aku akan cuba tegur dorang. Insya-Allah, dorang boleh terima teguran aku. aku rasa aku pernah tegur artis kpop ni tapi aku tak ingat sebab benda ni jadi awal tahun; sebagai contoh , xander;ex-ukiss tu, aku tak tahu sape yang ajar dia mencarut. tapi bila dia tahu yang perkataan tu sensitif kat Malaysia, cepat-cepat dia mintak maaf siap inform kat peminat dia supaya bagi tahu dia kalau ada perkataan yang sensitif kat Malaysia sebab dia nak jaga hati kita.tu maknanya dia hormat negara orang. ok. berbalik pada tajuk asal, cara pemakaian artis Malaysia pulak, ada ke yang selau tutup aurat. aku mengaku aku pun kadang-kadang aku keluar rumah tak pakai tudung. tapi parents aku tegur. tu dah boleh dikira ok. tapi cara pemakaian artis Malaysia tu boleh dikatakan mengalahkan artis kpop. artis Malaysia, setahu aku semua melayu, Islam lagi. hei cara pemakaian artis kpop pun ada yang sopan, ok. aku memang sokong pendapat akak nana johari pasal benda semua ni.

Tambahan, aku banyak belajar dari artis kpop ni tahu tak. antaranya, hormat orang yang lebih tua. aku selalu tengok dorang hormat senior dorang. yang kedua, dorang nak jadik artis pun amik masa bertahun-tahun. tu, usaha yang gigih. dorang tak pernah putus asa daripada kejar cita-cita dorang. aku tahu korang mesti cakap 'habis, yang plastik surgery tu amender?'. aku tak kisah, dorang kristian. dosa pahala dorang yang tanggng sendiri. isu gay ke ape ke, lantak ar. bak kata kawan aku, yang dorang cium-cium tu ciuman adik beradik.hahahaha. aku tahu mengarut je tu. tapi tu menandakan dorang rapat. don't judge a book by it's cover. walaupun korang dah judge buku tu, jangan bagi perspektif yang negatif. nanti benda tu makan diri korang sendiri.


So, kesimpulannya. kalau korang nak minat kpop ke, western ke ape ke. hormat minat orang. jangan asyik nak bash orang je. sedar la diri kita tu siapa. aku minat kpop, tapi kadang-kadang aku layan gak lagu melayu n bi. drama, aku layan. memang aku layan. cuma tak rasa teruja macam aku layan citer korea, xpecially jepun. so, aku harap sangat lepas ni tak de dah orang nak bash kpop ke ape ke. korang pun tahu music is universal. sorry to say kalau ada yang terasa hati. Aku bukannya nak melenting atau melatah.

((kita happy happy je ok. jangan marah-marah. nanti cepat tua lorhh.))

Assalamualaikum. Annyoung.

No comments:

Post a Comment