Continue....Cakap Kosong

Assalamualaikum...

Cakap kosong #2

Korang pernah dapat soalan yang tak masuk akal tak? Aku tanya solan tu sebab ada kawan sekelas aku ni tanya soalan yang buat aku tergelak. Citer dia macam ni. Mula-mula dia tanya best friend aku. Aku label dia sebagai A, kawan sekelas aku tuh B.

B : weh. kau kapel dengan dia lagi ke?
A : entah.
Aku : //menyampuk ni. sape?
A : sape lagi. Mr. A la..
Aku : ohh..
B : habis tu, kau tak gi jumpa dia ke?
A : pernah sekali masa hari sukan kat taman perumahan lama aku.
B : ohh.. mak kau kongkong kau ek?
A : hee...
Aku : eh! Aku pun macam tu. Mak aku mana kasi aku gi Metro ke Kajang ke..
B : Habis tu kalau kau tak gi Mines ke TS ke Pavi ke..
Aku : Kalau aku nak pergi tempat-tempat macam tu, aku ajak la mak aku, g ramai-ramai.
B : Habis tu. kau nak jumpa boyfriend kau.Maksud aku, kawan lelaki kau // time dia cakap boyfriend tu slow tau. Tapi aku dengar n time tu jugak aku tersengih.
Aku : hahahahahahaha. * sambil pandang bestfriend aku tu. Dia pun tergelak jugak tau,
B : sa*** ar kau ni. Aku tanya ni. Jawab ar!
Aku : hahahahha...ok..ok. Aku mana ada kapel.
B : seriously..??
Aku : ye..tak caye tanya dia * sambil jari aku tunjuk kat Best friend aku tu.
A : a'ah. Dia mana ada kapel.
Pastu aku dah tak ingat ape jadi...hahahaha. yang pasti si B tu blah lepas dapat jawapan yang dia nak..uhuuhuhu...



Cakap Kosong #3

Ok. Benda ni mungkin aku tak patut cakap tapi hati aku still rasa sakit sampai sekarang. Walaupun benda ni jadi hari Jumaat minggu lepas. Macam ni, aku kan amik kelas MPV Katering dan Penyajian sekolah aku.

Hari Jumaat tu, kitorang buat kek pelangi dan di sebabkan aku dah teri buat kek, aku tolong la cikgu aku buat adunan kek tu. Dah tu, budak-budak perempuan yang amik course same dengan aku tak puas hati. Termasuk la "ketua" katering kelas aku tu. Dah dorang tak nak tolong, pehal nak marah-marah an. Aku wat bodoh je. Aku tau benda ni pun dari best friend aku. Yang pasal "ketua" katering tu, aku perasan dia bagi aku jelingan tajam kat aku. APE?! Ingat aku takut sangat ke dengan jelingan tajam kau tu? HUH!! Sorry la. Tapi, apa yang.. boleh aku kata kan hipokrit pasal "ketua" tu, dia pantang nampak budak lelaki hensem.

Buktinya, masa kitorang tengah tunggu kek pelangi tu masak, kitorang buat latihan. Time tu, ada abang senior lepasan sekolah aku datang lawat cikgu dia. "ketua" tu asyik pandang je. Start dari luar sampai la dia masuk dengan cikgu yang boleh dikatakan cikgu kesayangan senior tu. Abang senior tu boleh la..nak kata hensem. Tak la hensem sangat. Lebih menjerumus kepada smart. Dan lagi satu, time abang senior ngan cikgu kesayangan senior tu borak ngan cikgu aku. Aku perati perangai dia berubah 100% you know... Tadi dok bad mood je.. lepas abang senior tu masuk..zuuppp.. Terus berubah. Pastu dok pandang-pandang.. Bukan cakap nak jeles or what. Tapi perangai dia tu. Hipokrit gila. Pastu suka sangat mencarut. Suka arah-arah orang. Suka marah-marah orang. ah! lagi satu, dia buka mulut. Maksud aku, sebelum ni dia diam. Lepas tu, mula berborak-borak dengan kawan dia.BTW, aku capak ni bukan nak mengumpat atau ape.. Aku cuma cakap..eh! bukan.. tulis.. Nak lepaskan marah la katakan. hehehe.

ok...dah la..ni je kut.
Kbai..
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment