Kem Seminar Motivasi.

Assalamualaikum. Annyoung.

((Happy...Happy...Happy..Happy....))

Semalam aku pergi kem seminar motivasi untuk sekolah aku. mula-mula rasa macam "hish! macam tak best je". hahaha. sebab seminar tu kat UPM. Masuk je kat dalam dewan, abang-abng n kakak-kakak UPM yang terlibat dah sambut kitorang. Rasa kekok la sikit. buat tu buat ni, masuk la aku kat dalam group pertama aku.

lepas masuk group sendiri,ada lak fasi ni suruh aku tukar group ngan budak india ni. mula-mula aku blurr sebab aku tak nampak muka dia. Al-maklum la, rabun jauh. aku tak pakai spek. tiba-tiba aku batuk sikit, dah pulak fasi tu tanya "ok tak?". aku angguk je. lepas aku faham apa yang dia suruh, aku pun tukar group. dari group jerung pergi masuk group harimau. hahaah. aku tahu. nama skema je. tapi nak buat macam mana. semua nama group haiwan. ada yang nama group dia gajah, cobra, helang. aku rasa ada lagi tapi aku dah lupa.
                                  
>>>>>>
             Group Jerung                                      Group Harimau

lepas tu, MC event ni suruh cari fasi group kitorang sendiri. dia bagi nama, kita cari. kena ingat nama sebab fasi-fasi tu merangkap abang-abang n kakak-kakak UPM dah perkenalkan diri dorang masa mula-mula seminar ni start. group aku dapat abang fasi Hafiz n kakak fasi Yana. tak sangka aku group aku dapat fasi yang suruh aku tukar group tu.

selama-lama aku ngan group tu, aku diam je. fasi tu tanya sepatah aku jawab sepatah. hahahaha. yang abang fasi Hafiz tu asyik tanya aku ngan kawan je. dan disebabkan aku ni tiba-tiba jadi "pendiam" //hahahaha. dia dah jadi macam kaunselor aku. aku rasa korang pun tahu macammana kerja dorang. tapi fasi-fasi group aku tu best la sebab dorang sproting. aku je macam suam-suam kuku.

banyak aktiviti-aktiviti yang kitorang buat. masud aku, semua budak budak seminar ngan fasi-fasi. nak tulis kat sini takut panjang sangat. tapi yang bestnya, kitorang round satu UPM. aku mungkin nak amik aliran sastera atau sains komputer dan teknologi. antara dua tu la. kitorang semua masuk library diorang. amik gambar (yang aku tengah cari sekarang ni.).tapi bagi aku, yang penting kenangan. kenangan yang aku cipta sendiri dengan abang-abang n kakak-kakak UPM sekali dengan budak-budak sekolah aku.

p/s : ada abang fesi hensem kat U tu. ahhahaah. kawan aku dapat no. dia. so, apa lagi, amik jugak la. tapi aku tak buat apa-apa pun dengan no. abang fasi tu. buat simpanan je. hahahahahaha. pastu tu, abang fasi yang jadi fasi group aku tu, ada iras-iras budak lelaki kelas aku. aku rasa abang fasi tu abang budak lelaki kelas aku tu kot.

Kbye.
Assalamualaikum. Annyoung.

No comments:

Post a Comment