----


assalamualaikum.

annyeong~~


ok. ekceli, benda ni dah jadi minggu lalu tapi aku tetap nak bagitahu jugak.. ><

macam ni..

minggu lepas aku tidur petang kejap. then aku mimpi. aku mimpi jalan reko macam dah tak ada budak. i mean, tak ada orang belajar kat sekolah tu.. sunyi je.. aku masuk setiap kelas. ada cikgu tapi student tak ada. cikgu-cikgu aku tetap mengajar even tak ada budak. aku macam...... "kenapa cikgu mengajar even tak ada budak kat dalam kelas ni??" aku masuk kelas. aku tanya cikgu, kenapa? kenapa? kenapa? tapi cikgu tak jawab. aku masuk kelas aku. aku tengok cikgu aku berdiri kat meja cikgu. mengajar. aku pergi kat cikgu sambil menangis. aku tanya cikgu aku "cikgu.. kenapa macam ni?" and setiap kelas yang aku masuk aku end up menangis. last kelas aku masuk kelas ustaz mustafar.. aku tengok dari luar, aku macam nampak ustaz mengajar ady.. siapa budak reko mesti kenal ady ann?? aku masuk.. aku duduk sebelah ustaz.. tapi masa aku nak kesat air mata aku, aku pandang balik kat ustaz. tak ada sesiapa kat depan ustaz. ady tak ada kat depan ustaz. tapi.... ustaz tetap mengajar. ajar tulisan jawi.. ustaz menulis kat depan sambil terangkan apa yang dia cakap.. sedangkan tak ada sesiapa kat dalam kelas time tu.. aku cakap kat ustaz "ustaz kenapa macam ni?" then aku menangis lagi... 

bukan kat dalam kelas ustaz mustafar je, kelas cikgu faridah pun aku menangis sebab masa aku masuk bengkel seni tu, aku nampak cikgu mengajar sorang-sorang seni. melukis kat kertas sorang-sorang, baca buku seni tu sorang-sorang. masa aku masuk bengkel tu pun aku dah menangis. aku menangis sepanjang aku masuk kelas-kelas yang pernah aku belajar dulu.

aku menangis je..

sampai aku tersedar dari tidur..

//kenapa aku dapat mimpi tu?? kenapa aku mimpi sekolah tu jadi macam tu??

//kenapa aku dapat mimpi tu?? kenapa aku mimpi sekolah tu jadi macam tu?? 



jujur aku cakap, aku menangis setiap kali aku teringatkan balik mimpi aku tu. masa nak tulis ni pun, aku menangis. aku rasa sedih. aku rasa bersalah ngan dorang even aku tak tahu sama ada aku ada buat salah atau tidak dengan dorang.. maybe ada orang kata kita takkan rindukan sekolah and ada orang kata kita akan rindukan sekolah. suasana belajar. muka cikgu. kawan-kawan. makcik n pakcik kantin. tukang cleaner sekolah. tapi aku rasa aku rindukan sekolah aku. aku rindukan cikgu-cikgu aku. suasana sekolah. maybe aku tak tunjuk aku rindukan sekolah aku dulu, tapi mungkin mimpi tu menjadi petanda yang aku rindukan sekolah aku..


kemungkinan besar akan ada orang anggap benda ni remeh-temeh atau mainan tidur. tapi masa aku tersedar dari tidur tu aku rasa tak sedap hati tahu. iye, aku tahu. aku tak patut ada perasaan gitu atau fikir yang bukan-bukan. tapi itu yang aku rasa. i can't lie my own feeling.


moral of the 'dream'


tak kira la kita dah habis sekolah ke dah habis belajar kat universiti ke dah tua ke. apa-apa la, jangan sesekali lupakan cikgu kita. sebab selain ibu bapa kita, cikgu la yang bimbing kita untuk jadi manusia yang sebenar. ajar kita itu ini. mak aku pernah kata dulu masa budak-budak sekolah mak aku ambil result spm, dorang cuma jumpa cikgu form 4 ngan form 5 je. yang lain, dilupakan. mak aku cakap lagi, cikgu-cikgu petang yang pernah mengajar student-student tu terasa hati ngan dorang. so, jangan la buat macam tu. ahhh.. aku nak tulis ni pun rasa dah nak menangis dah. ahahahahhaa.. mungkin, ada yang sambil lewa bila sampai masuk bab-bab macam ni. tapi korang tahu kan, tanpa berkat ilmu seseorang guru, korang tak boleh ke mana. disamping berkat kedua ibu bapa kita. 




kbye.
sampai disini saja coretan 'mengarut' aku untuk hari ni..




"i'm your hope" birthday








i know you'll never read this but i want to say that








thank you because being bangtan member..
thank you because  let me be your fans..
thank you because  let me love you..
thank you because  let me know you..
thank you because  always make me and a.r.m.y's smile, laugh a lot..

and 

thank you for being born...

oppa, i love you...





때문에되는 방탄 멤버 감사합니다 ..
당신이 나 때문에 당신의 팬이 될 수 있도록 부탁드립니다 ..
내가 당신을 사랑하자 때문에 감사합니다 ..
당신이 나 때문에 당신을 알려드립니다 ..
항상 저를하고 군대의 미소, 웃음을 많이하기 때문에 감사합니다 ..

그리고

태어나줘서 고마워...

오빠, 사랑해!!





















kbye..
annyeong..