Pembentangan BM

Assalamualaikum. Annyoung.



Sebenarnya benda ni dah lama. Memang lama. Hari tuh aku terjumpa kertas pembentangan BM aku. Group aku la. Bila aku baca balik kertas pembentangan BM kitorang yang di buat dalam masa 15 minit tu, nak tergelak pun ada. So, aku pun tak tahu nak tulis apa kat sini; aku tulis je la apa yang aku tulis kat dalam kertas tu.

PERBEZAAN ANTARA MINAT DAN TAKSUB

Minat dan taksud atau dalam erti kata lain, obses atau fanatik banyak bezanya. Kadang-kadang, kita tak boleh cakap yang seseorangt tu taksub pada sesuatu sedangkan dia hanya minat. Tambahan pula, kita boleh tahu melalui perwatakan seseorang itu. Jika kita selalu nampak, dengar, dan sebagainya seseorang itu sentiasa cakap mengenai sesuatu yang dia minat, tapi kita tak pernah dengar dia cakap dia membeli barang-barang artis yang dia minat seperti mug, sticker, goddies dan sebagainya.

Minat terdiri daripada aspel sukan ataupun lebih kepada hobi yang membawa faedah. Taksub pula lebih kepada minat yang terlampau tetapi tidak membawa faedah.

Dari segi minat sebagai contohnya, jika kita mendengar seorang penyanyi menyampaikan lagunya dan dia menyampaikan dengan bagus. Secara tidak langsung kita ingin mengetahui tengangnya dan lagu-lagunya.

Taksub pula, kita minat sesuatu yang melampau. Sebagai contoh, kita melupakan apa yang penting didalam hidup contohnya kerja sekoralh, solat, suruhan ibu bapa dan sebagainya.

Kesimpulannya, jika kita minat sesuatu, janganla terlalu taksub kerana ia akan memberi impak negatif pada dili kita kerana ada sesuatu yang disampaikan oleh yang yang kita minat memberi pemikiran yang negatif.

Aku rasa macam ada typo je kat dalam pembentangan BM aku ni. Ah! What ever la.

Tapi cikgu ada bagi soalan. Yang aku suka pasal soalan tu sebab cikgu macam.. 'macam' mempertahankan minat aku. Hoho. Seingat-ingat aku, cikgu aku cakap "cikgu tahu semua orang minat muzik, dalam kelas ni semua minat muzik, kan. Tak ada sesiapa yang tak minat muzik dalam duni ni, kan. Jadi soalan cikgu. Berikan 3 kebaikan dan 3 keburukan muzik? Cikgu bagi lima minit, bincangkan jawapan. Nanti cikgu panggil seorang wakil kumpulan jawab soalan cikgu tadi."

Wah! Senang gilos soalan tu. Terus je dapat soalan dari cikgu, automatik aku terus dapat jawapan dia. HAHA.

Ni jawapan group kitorang.

KEBAIKAN
- Boleh memberikan semangat.
- Menenangkan fikiran
- Boleh belajr bahasa asing daripada lagu luar negara yang didendangkan.

KEBURUKAN
- Ada lagu yang berunsurkan iluminati
- Boleh melalaikan
- Boleh memberi impak negatif pada pemikiran para remaja.

Sebenarnya aku buat tajuk tu atas sebab nak 'perli' dan memberikan sedikit kesedaran pada budak kelas aku yang dok hina-hina aku minat kpop. Aku tak tahu la dorang terasa atau tidak. Perasan tak yang aku dok 'perli-perli' dorang hari tuh. HAHA.


Kbye. Assalamualaikum. Annyong.

p/s : Satu benda aku pelik pasal budak-budak kat sekolah aku yang anti-kpop tu dok nyanyi-nyani lagu Oppa Gangnam Style. Aku rasa biasa je lagu tu. Best lagi lagu kpop yang lain. Hahahahaha...

























...

Assalamualaikum. Annyoung!




Dah lama aku tak update blog ni (memang dah lama pun. HAHA). Sebenarnya aku just nak bagi tahu yang aku nak buat novel. Diulangi NOVEL bukan fanfic. So aku nak stop tulis fanfic dan post kat blog ff aku tu. Pfft. Macam la aku selalu post new chapter. Aku nak post tapi... hish! macam ada yang tak kena je bila aku post ff aku tu. Rasa macam tak complete lagi, untuk satu chapter tu la.




Pasal novel tu, aku tak post kat blog ff tu. Aku dah bagi tahu kwan aku yang aku dah cabar diri aku untuk buat satu novel yang ada 500 m/s ke atas. Insya-Allah aku boleh buat. Tapi kena usaha la belajar bahasa melayu yang lebih sopan sebab selalunya novelkan tak guna bahasa kampung. Dorang (para penulis novel) pun jaga bahasa melayu kat dalam novel dorang, padan la dengan ijazah PhD ape semua tu yang dorang ada. Tapi aku rasa aku boleh buat sebab aku amik kelas sastera. Tapi tak macam kelas sastera pun. HAHA.



Kawan aku ada tanya aku, aku ada selitkan elemen-elemen korea ke tak. Aku jawab mungkin. HAHA. Mungkin.. Aku tak tahu la sebab aku baru nak tulis novel tu. Baru masuk watak utama lelaki. HAHA. Kantoi! Eh! Betul. Tapi sebelum aku nak teruskan lagi novel aku tu, kak nana johari saya dah try cari nama yang sesuai untuk novel saya ni. Kebetulan saya ada baca pasal novel akak yang tajuk dia Kisah Kita. Jadi saya amik satu nama watak akak tu. Rifqi.Nama watak akak tu kan Muhammad Emir Rifqi b. Dato Shahril Hamzah. Tapi nama watak saya Tengku Syed Rifqi bin Tengku Syed Zafran. Akak jangan marah ek? Hehe.
^-^








Kbye. 

Assalamualaikum

Annyoung.

Oh! BTW  Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.